Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat nilai iaitu kesetiaan, dedikasi, kompetensi dan integriti yang perlu dimiliki penjawat awam sebagai tulang belakang pembangunan negara. Beliau berkata nilai itu perlu ada bagi melaksanakan transformasi segera, sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan.