KWSP: Sokongan PM bantu kemuka penyelesaian terbaik

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap proses rundingan ahli yang dijalankan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membantu KWSP mengemukakan penyelesaian terbaik untuk ahli. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzwan berkata, perdana menteri turut senada dengan kebanyakan ahli yang telah menyertai kaji selidik kumpulan itu dengan memilih pilihan ke 2, iaitu pengeluaran pada usia 55 tahun, dan sekiranya masih bekerja selepas usia itu, caruman akan diteruskan sehingga usia 60 tahun.