Pencarian pesawat MH370 akan ditumpukan ke selatan zon pencarian apabila maklumat terbaru mencadangkan, ia mungkin membuat lencongan ke selatan lebih awal berbanding laporan sebelum ini. Perkembangan terbaru itu muncul selepas data satelit diperhalusi dan penyiasat cuba memetakan kedudukan pesawat tersebut dalam usaha menghubunginya dalam laluan penerbangan terdahulu.