Lebih 20 pakar psikologi bantu keluarga penumpang MH17

  • 6 years ago
Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA melalui Pasukan Intervensi Krisis Malaysia, MCIT akan menempatkan lebih 20 pakar psikologi untuk membantu keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas pada Khamis di Ukraine. Timbalan Pengerusi MCIT, Dr Abdul Jalil Hassan berkata mereka akan ditempatkan di beberapa lokasi, terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.