#MH17 perkongsian foto pesawat 9M-MRD planespotter.net

  • 6 years ago
Kita merujuk pesawat malang yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine Russia sebagai MH17, MH17 merupakan kod laluan Amsterdam Kuala Lumpur. Lebih tepat nombor pendaftaran pesawat itu adalah 9M-MRD. Mula terbang 17 tahun lalu pada 17 Julai 1997 dan diterima penerbangan Malaysia pada 29 Julai tahun yang sama. Selama tiga tahun pesawat bermula September 2005 hingga September 2008, pesawat ini dicat dengan imej "freedom of space". Laman web planespotter.net, jurufoto penerbangan serata dunia berkongsi foto pesawat 9M-MRD yang memberikan perkhidmatan selama 17 tahun.