Projek pembinaan benteng pemecah ombak di sepanjang jalan Pantai Teluk Lipat bakal disiapkan enam bulan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Kerja membenteng serta menambak pantai yang bermula pada Julai 2012 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2015 kini berada di fasa akhir.