Perniagaan perlu daftar GST sebelum 31 Disember

  • 6 years ago
Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan lebih daripada 500 ribu perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum 31 Disember depan.

Penolong Pengarah Kanan JKDM, Chin Jek Bik berkata, pemilik perniagaan yang gagal mematuhi arahan itu akan didenda sehingga 20 ribu ringgit.