20 jenazah mangsa insiden MH17 tiba di tanah air

  • 6 years ago
Selepas lebih sebulan menunggu, 20 jenazah mangsa nahas MH17 kembali ke pangkuan keluarga. Menempuhi penerbangan lebih 12 jam pesawat khas Malaysia Airlines MH6129, selamat mendarat di tanahair pada 9.54 pagi tadi. Istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 menyaksikan perjalanan terakhir jenazah dalam 17 keranda dan 3 kendi berisi abu mayat.