Fasa awal kemudahan LNG apungan pertama di Malaysia

  • 7 years ago
Petronas memulakan kerja pemasangan modul struktur platform bahagian atas pertama bagi kemudahan Apungan Gas Asli Cecair (PFLNG1) di limbungan Daewoo Shipbuilding And Marine Engineering (DSME) di Okpo, Korea Selatan.

Menurut Naib Presiden Dan Pengarah Usaha Niaga Petronas bagi projek LNG - dalam negeri, Datuk Abdullah Karim ia sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting kerana ia akan menjadi kemudahan LNG terapung pertama beroperasi di dunia.