AirAsia bertegas kekal di LCCT walau selepas 9 Mei

  • 7 years ago
Semua operasi Airasia dan Airasia X akan terus kekal di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) walaupun selepas 9 Mei 2014. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Bhd, Aireen Omar walaupun AirAsia bersedia pindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), perpindahan itu hanya akan dilakukan selepas semua isu diatasi.