Anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik juga antara selebriti yang berani menyatakan rasa simpatinya berkenaan isu serangan Israel terhadap Palestin. Meskipun menerima ugutan bunuh kerana memuatnaik status #FreePalestin di laman twitternya yang mempunyai 13 juta pengikut, Zayn tidak memadamkan tulisannya.