Syukur, itu respon Mohd Ali Md Salim ahli keluarga mangsa tragedi MH17. Baginya, berita mengenai jenazah anaknya yang telah dikenalpasti dan bakal dibawa pulang cukup melegakan dan dia sekeluarga kini menunggu perkembangan dari pihak Malaysia Airline sekiranya perlu dibawa ke Amsterdam bagi mengiringi jenazah.