Soup Kitchen boleh beroperasi hingga 16 Ogos

  • 7 years ago
Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti 'Soup Kitchen' hanya dibenarkan meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos ini iaitu selepas sambutan Aidilfitri.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tarikh itu dipersetujui sebagai tarikh baru penguatkuasaan larangan memberi makanan kepada gelandangan selepas mengadakan perjumpaan dengan 12 (NGO) pada Selasa.