Persediaan SYABAS laksana catuan air

  • 6 years ago
Semua perancangan rapi telah dibuat syarikat bekalan air selangor (SYABAS) sebagai persediaan untuk melaksanakaan pelan catuan air di 3 wilayah , Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang hari ini pada Khamis.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata injap loji akan dibuka di kawasan yang akan mendapat catuan air iaitu di dua zon bermula 9 pagi.