JAKIM sahkan tiada DNA babi dalam 2 produk Cadbury

  • 6 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury. Keputusan tersebut dikeluarkan susulan pengesahan Jabatan Kimia bahawa produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada DNA babi.

Sehubungan itu Jamil Khir berkata, status penggantungan Sijil Halal Cadbury akan dipertimbang dan jika tiada halangan akan diberikan semula kepada syarikat itu. Bagaimanapun JAKIM akan membuat lawatan semula kilang Cadbury sebelum keputusan itu dibuat.

Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.