Calon bukan anak tempatan antara sebab DAP kalah

  • 7 years ago
Percaturan DAP dengan meletakkan calon berlainan latar belakang dan bukan anak tempatan menyumbang kepada kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia,USM, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia sekaligus memperlihatkan strategi DAP gagal memastikan kerusi parlimen itu kekal milik parti berkenaan.