Harta karun masih gagal ditemui

  • 6 years ago
Hanya berbaki empat jam lagi, harta karun Pulau Nangka di Melaka masih gagal ditemui.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, mengingatkan kontrak pencarian syarikat Smartpartnership International bermula Januari lalu, akan tamat tengah malam ini.

Pada masa sama, syarikat itu optimis pintu gua yang dikatakan menyimpan khazanah kesultanan Melayu Melaka itu dapat dibuka sebelum malam ini berakhir.