MAS terjejas dengan tragedi MH370

  • 6 years ago
Tragedi yang berlaku terhadap pesawat MH370 memberi kesan kepada operasi syarikat itu secara keseluruhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya bagaimanapun berkata pihaknya akan tetap memandang ke hadapan dan meneruskan usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada semua penumpang.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Khas di Anjung Tinjau KLIA Sepang tengahari tadi.