Jentera sayap BN bersedia untuk PRK Kajang

  • 7 years ago
Jentera sayap Barisan Nasional sudah bersedia sejak hari pertama kempen untuk menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pelbagai pendekatan mesra pengundi yang dilakukan dilihat membuahkan hasil pada hari pengundian nanti.