MH370: Suara terakhir milik Fariq

  • 7 years ago
Ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya memaklumkan suara yang menyampaikan ucapan terakhir "alright, goodnight" kepada pengawal udara Malaysia ketika memasuki kawasan wilayah maklumat pesawat (FIR) Ho Chi Minh, ialah suara pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Ia adalah berdasarkan siasatan awal data yang disimpan pengawal trafik udara.

Pengesahan itu sekaligus menjawab teka teki siapakah yang mengucapkan ungkapan itu pada pukul 1.19 pagi, Sabtu lalu.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

Recommended