100 polis pantau aktiviti pengambilan dadah di konsert

  • 6 years ago
Seramai 14 individu kini dirawat di hospital akibat pengambilan dadah ketika menghadiri konsert Festival Future Music Asia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, semalam hanya dua individu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun pagi ini seorang daripada mereka telah keluar, dan sembilan lagi dimasukkan hari ini ke PPUM.