Usaha menyelamat mangsa bot karam dihentikan

  • 7 years ago
Usaha menyelamat lapan pendatang asing tanpa izin yang dipercayai hilang di perairan Johor telah dihentikan pada petang tadi.

Setakat ini, 41 mangsa berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan juga polis Marin. Mereka adalah sebahagian daripada 49 penumpang sebuah bot pancung yang karam ekoran masalah kebocoran yang berlaku sekitar jam 5.20 pagi Isnin.