Ronaldo sudah tahu beliau menang Ballon d'Or 2017?
  • 6 years ago
Pemain terbaik FIFA 2017, Cristiano Ronaldo dikatakan sudah memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali kelima biarpun majlis gilang gemilang itu baru akan di anjurkan pada Khamis nanti.

Media di Sepanyol melaporkan, Ronaldo sudah dimaklumkan lebih awal bahawa dia telah memenangi anugerah berprestij tersebut.

Presiden Madrid Florentino Perez berkata Ronaldo adalah salah satu simbol kebanggaan kami. Dia merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah kami. Beberapa hari lalu, dia memenangi trofi 'The Best' kedua dan minggu ini pula dia akan memenangi anugerah Ballon d'Or kelima miliknya.

Khabar angin mengenai kejayaan Ronaldo hadir dari sumber Francesc Aquilar wartawan Mundo Deportivo yang juga mengundi untuk calon pemenang Ballon d'Or sejak 2014.

Aguiler tahun lalu juga mendedahkan Ronaldo merupakan pemenang anugerah Ballon d'Or.