Skip to playerSkip to main content
  • 8 years ago
Kekecohan di Stadium Darul Aman berterusan angkara penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang habis kurang dari 45 minit.

Menerusi satu video pengguna Facebook Shah Nizam para penyokong meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam menjual tiket.

"Ada sekeping pun kami amik", "kami datang jauh", "hangpa (KFA) cari pun macam mana, kami mahu tiket".

Ada juga yang menjerit untuk memeriksa pengurusan penjual tiket di Pejabat KFA di stadium jika mereka ada menyorokkan tiket.

"Ada tiket dalam poket bawa pergi balai" jerit penyokong.

Bernama melaporkan wakil penyokong Shaik Annuar Shaik Ahmad Yusuff, berkata penyokong mahu membuat laporan polis berhubung ketidaktelusan KFA dalam penjualan tiket kali ini.

Category

🗞
News
Comments

Recommended