Warga terkejut langit kota London 'kekuningan'

  • 7 years ago
Langit di kota London, England berubah menjadi warna kekuningan pada Isnin kesan dari ribut Ophelia yang membawa debu dari Sahara dan asap dari kebakaran di selatan Eropah sebelum terkena selaran sinaran cahaya matahari.

Fenomena langit kuning tersebut mengejutkan ramai penduduk London dimana ramai mengambil kesempatan berkongsi gambar dan pengalaman demikian di media sosial.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Britain berkata apabila ribut Ophelia muncul dari Azores, ribut tersebut telah membawa sekali debu Sahara dari Afrika Utara serta debu dari kebakaran di Sepanyol dan Portugal.

"Warna kekuningan ini berpunca dari debu yang bercampur dengan sinaran matahari menjadikan matahari berubah menjadi lebih merah".

Kejadian itu menyebabkan netizen memberi reaksi terkejut termasuk menyangka dunia sudah di akhir zaman atau menghampiri kiamat.