Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya: Celcom Call Me Tones (CMT) Dail *323*00000# , tekan Hantar Maxis Caller Ringtones (CRT) Dail *131*00000# , tekan Hantar UMobile Caller Ringtone (CR) SMS taip CRM 00000 ke 28383 DiGi Caller Tunes (CT) Dail *233*00000# , tekan Hantar
iTunes: Spotify: Joox:
Luvia Band Kembali Dengan Sakit Hatiku Sakit
Luvia bermaksud Hujan yg diterjemah dari bahasa Sepanyol. Band yg diasaskan enam tahun lalu di Kota Bogor itu terkenal dengan musim hujan khatulistiwa dan mereka mengabadikan nama itu sebagai nama band mereka.
Mula mencuri perhatian penggemar muzik Malaysia lewat lagu Patah Hati terbitan Aries Music pada tahun lalu, kini kembali dengan single terbaru Sakit Hatiku Sakit. Ini merupakan single kedua untuk pasaran Malaysia.
Luvia Band pernah dikecam kerana gemar mencipta lagu 'leleh'. Mereka mempertahankan wawasan dan konsep lagu mereka sebagai asli nusantara dan merupakan hiburan santai kepada marhaien.
Meski dikecam oleh pengkritiknya, Luvia kerap mendapat undangan membuat persembahan di cafe besar seperti Hard Rock Cafe.
Mengharapkan single terbaru di pasaran mendapat sambutan, justeru mereka teruja untuk berkunjung dan beraksi di dihadapan penonton Malaysia.