Jom, bersarong naik kereta api!

  • 7 years ago
Jika anda terlihat sekumpulan lelaki dan wanita berkain sarung menaiki tren pada hujung minggu lalu, ia adalah kerana acara Kereta Api Sarong yang kali terakhir diadakan tiga tahun lalu kini kembali lagi.

Ia dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia ke-54. Acara flash mob ini diperkenalkan pada 2012 sebagai usaha kreatif memperagakan fesyen unik memakai kain batik dan pelekat untuk memeriahkan pengalaman menaiki pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Peserta berkumpul di lima stesen berbeza sebelum bertemu di MRT Muzium Negara. Suasana perjalanan amat meriah dengan nyanyian dan tarian oleh peserta.

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Recommended