Neymar, Mbappe dan Cavani trio pemusnah PSG
  • 7 years ago
Gabungan baru penyerang tiga serangkai Paris Saint-Germain (PSG) nampaknya terlalu kuat untuk dirantai.

Kylian Mbappe membuat penampilan sulung bersama PSG ketika bertemu Metz Jumaat lalu melengkapkan bisa PSG dibahagian serangan yang sebelum ini sudah dikemudi oleh Edison Cavani dan Neymar.

Prospek muda Perancis itu menjaringkan gol buat PSG ketika aksi tersebut selain membantu mencipta banyak peluang buat rakan pasukan.

PSG membenam Metz FC 5-1 hasil jaringan Cavani minit ke-31 dan 75. Neymar, Mbappe dan Lucas minit 60, 68 dan ke-88.