RM1.12 bilion, Neymar ke PSG pecah rekod perpindahan tertinggi
  • 7 years ago
Terjawab teka teki, akhirnya Barcelona mengesahkan pemain bintang mereka Neymar bakal berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai perpindahan tertinggi RM1.12 bilion ( 222 juta euro).

Wakil Neymar, Wagner Ribeiro berkata penjanjian akan diselesaikan minggu ini di mana penyerang antarabangsa Brazil itu bakal menerima kontrak selama lima tahun dengan gaji RM3.4 juta seminggu selepas cukai.

Khabar angin bertiup kencang Neymar bakal ke PSG tetapi dinafikan pihak Barcelona sebelum ini.

Namun Barcelona juga dikatakan sudah memikirkan alternatif bagi menggantikan Neymar.