'Neymar Malaysia' perlu ditawar bermain di J.League

  • 7 years ago
Fox Sport Asia , stesen televisyen sukan terkenal menerbitkan artikel menyenaraikan lima pemain muda Asia Tenggara yang perlu diberi tawaran bermain di Liga Jepun atau lebih dikenali sebagai J.League.

Menariknya antara lima nama pemain muda tersebut salah seorangnya adalah berasal daripada negara kita Malaysia.

Muhd Akhyar Rashid yang membuat penampilan pertama buat skuad bawah 22 negara (B-22) pada aksi kelayakan Piala AFC B-23 2018 di China tahun hadapan tersenarai bersama Tristan Do (Muangthong/Thailand), Chrerng Polroth (NDM/Cambodia), Rufino (AS Academica/Timor-Leste) dan Nguyen Cong Phuong (HAGL/Vietnam).

Menurut aktikel tersebut Akhyar yang kini bermain bersama pasukan Kedah perlu diberi peluang seperti Chanathip Songkrasin yang kini bermain di J.League.

Ini kerana aksi Akhyar begitu menyerlah dengan potensi besar selain mempunyai masa depan cerah ketika umur yang masih muda.

Pautan asal artikel Fox Sport Asia http://www.foxsportsasia.com/football/asian-football/news/detail/item705378/five-asean-talents-follow-chanathip/#FB