Pemain QPR, Union Berlin lakukan'aksi unik' perlawanan ditunda

  • 7 years ago
Hujan berserta ribut petir membuatkan perlawanan persahabatan di antara Queens Park Rangers (QPR) dan Union Berlin terpaksa ditunda hanya selepas 13 minit bermula.

Padang stadium dinaiki air dan para pemain kedua pasukan QPR dan Union Berlin melakukan aksi unik 'meraikan' perlawanan yang ditunda itu.

Para pemain berlari dan mengelongsorkan diri mereka di atas padang dengan pelbagai gaya ada yang terlentang, baring dan macam-macam lagi.

Aksi tersebut di mulakan oleh pasukan pelawat sebelum para pemain tuan rumah turut melakukan aksi yang sama.