Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 7/19/2017
Dua orang terbunuh dan empat lagi cedera apabila lori simen terbabas di simpang tiga jalan di Bandar Tongren, Wilayah Guizhou, di China pada Isnin lalu.

Rakaman kamera litar tertutup memaparkan lori simen itu jatuh ketika mahu membelok ke kanan lalu terseret sehingga melanggar van dan gerai kecil di tepi jalan.

Pihak bomda dan orang awam turut membantu menyelamatkan tiga orang yang cedera dan dihantar terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, seorang gadis terhimpit di antara kenderaan dan dinding kedai bagaimanapun berjaya diselamatkan.

Pemandu dan penumpang wanita meninggal dunia akibat kecederaan serius.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Category

🗞
News

Recommended