Aksi sepakan lencong Safee Sali ketika Piala Sultan Selangor
  • 7 years ago
Pasukan Pilihan Singapura membawa pulang Piala Sultan Selangor untuk yang ketujuh kalinya selepas menewaskan Pilihan Selangor 3-2 bagi edisi ke-16 kejohanan di Stadium Nasional Singapura Sabtu malam lalu.

Aksi pemain PKNS Safee Sali mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila menjaringkan gol dengan satu sepakan lencong deras untuk menewaskan pejaga gawang Khairul Nizam.

Jaringan cantik Safee Sali berpunca dengan hantaran jauh rakan sepasukan sebelum Safee membawa bola masuk ke kotak penalti dengan memperdaya pertahanan lawan dan melepaskan tendangan deras ke gawang lawan.