Video: Jaringan cantik Mat Yo dari sudut sukar curi tumpuan

  • 7 years ago
Felda United kalah pada pertemuan berdepan Tampines Rovers 1-3 malam tadi dan menyebabkan mereka berada di dasar kumpulan selepas lima perlawanan.

Namun aksi licik Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo menjaringkan gol tunggal buat Felda mencuri perhatian peminat bola sepak negara.

Mat Yo menjaringkan gol dengan melakukan pusingan menewaskan pemain lawan sebelum rembatan padu menghampiri garisan dan bola menerjah kanan gawang melalui belakang penjaga gawang Tampines Rovers.