Video: Menang 2-1, Arsenal tamat rentak hambar

  • 7 years ago
Setelah menerima empat kekalahan berturut-turut, Arsenal menamatkan rentak longlai dengan kemenangan tipis 2-1 berdepan Middlesbrough awal pagi tadi.

Persembahan "The Gunners" menyakinkan sejak awal perlawanan namun hanya mendapat jaringan melalui jaringan cantik Alexis Sanchez menerusi sepakan percuma pada minit ke 41 perlawanan.

Pasukan tuan rumah membuat Arsenal kembali gundah apabila menyamakan kedudukan dengan jaringan Alvaro Negredo seawal babak kedua bermula.

Namun Mesut Ozil memastikan tiga mata berharga Gunners dengan jaringan kemenangan 20 minit sebelum perlawanan tamat.