Video: Impian Piala Dunia 2018 Syria, satu perjalanan penuh inspirasi

  • 7 years ago
Menewaskan Uzbekistan 1-0 pada 23 Mac lalu adalah kemenangan penuh emosi buat Syria dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.

Disaat negara mereka dilanda perang, pasukan Syria membuktikan bahawa mereka masih punyai 'impian' untuk ke Russia.

Mereka terpaksa bermain sejauh 4500 batu di Malaysia yang menjadi tuan rumah 'tumpangan' buat Syria di kala tiada negara lain yang sudi membantu dan hanya menerima gaji sekitar RM888.50 sebulan.

Kemenangan mereka ke atas Uzbekistan membolehkan setiap pemain menikmati bonus RM4400 bersamaan gaji setahun pemain.

Ketua jurulatih Syria minitiskan air mata selepas perlawanan berdepan Uzbekistan dan menganggap kemenangan itu untuk rakyat Syria.

Syria kini hanya dipisahkan 2 mata dari slot automatik ke Piala Dunia 2018.

28 Mac ini Syria bakal berdepan Korea Selatan.