Video: Air mata jurulatih Kelantan iringi kemenangan TRW

  • 7 years ago
Setelah mengalami tiga kekalahan berturut-turut, malam tadi Kelantan bangkit dengan kemenangan bergaya 4-2 keatas pasukan Perak.

Kemenangan itu sekaligus mengundang gugurnya air mata pengendali kelantan, Zahasmi Ismail yang mana tangisannya itu dirakam kamera ketika siaran langsung perlawanan berkenaan.

Utusan Online melaporkan Zahasmi mendedahkan tangisan itu merupakan simbolik kepada tekanan yang dialaminya selepas The Red Warriors (TRW) tumbang tiga kali berturut-turut pada aksi liga sebelum ini.

Katanya "kita menang bukan sebab jadi juara, tetapi selepas tiga kali kalah bermacam-macam kritikan yang telah dilemparkan terhadap saya dan TRW.

"Hanya yang berada dalam pasukan ini sahaja tahu betapa susahnya buat saya dan barisan pemain untuk mengharungi saingan Liga Super".

Pada perlawanan tersebut, tonggak import Perak, Vladislav Milchev membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 namun jaringan hatrik Muhammad Ghaddar pada minit ke-38, 83 dan 88 memadamkan impian Bos Gaurus untuk meraih kemenangan di laman sendiri.