Jamal mahu ceburi judi haram

  • 7 years ago
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos diberi pembebasan awal hari ini berikutan penahanan reman selama lima hari ke atasnya kerana kes samun berkumpulan.

Jamal, Jumaat lalu ditahan reman selama lima hari, dibebaskan selepas penahanan tiga hari.

Bercakap di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang semalam, Jamal secara sinis berkata, beliau berkemungkinan mahu meletakkan semua jawatan politik dan NGO yang disandangnya.

Video tersebut dimuat naik dan disiar secara langsung di Facebooknya.

Jamal, bersama-sama dengan sembilan penyokongnya, ditahan pada Khamis lalu.

Polis menyiasat Jamal di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

Ketika serbuan, Jamal didakwa merompak pelanggan di premis itu.

Siasatan dibuat berikutan laporan polis yang dibuat ke atasnya.