Video: Imam Masjidil Haram peluk, cium Ghanim runtun hati netizen
  • 7 years ago
Rakaman Sheikh Maahir al-Muaqily, Imam Masjdil Haram menunggu Ghanim bin Muhammad Al-Miftah selesai solat untuk memeluk dan memberikan ciuman meruntun hati muslim di seluruh dunia.

Mana tidaknya, Ghanim kanak-kanak istimewa yang lahir dengan tubuh dibahagian atas sahaja melakukan tawaf dengan kedua tangannya dan tidak mahu dibawa dengan kerusi roda.

Sheikh Maahir al-Muaiqly mendengar dan melihat seorang kanak kanak OKU berhampiran Kaabah sedang solat lalu pergi ke tempat kanak-kanak OKU tersebut sedang berdoa ketika dalam ihram Umrah dan Imam menunggu dengan senang sehingga kanak-kanak itu selesai Solat beliau.

Sebaik sahaja kanak-kanak itu selesai, Imam memeluk kanak-kanak itu dengan senyuman mesra dan sentiasa mencium dahi kanak-kanak itu.

Sheikh Maher berkata kepada budak lelaki itu dalam bahasa Arab "semoga Allah melindunginya dari segala kejahatan dan membangkitkan dia dalam status kebaikan serta dengan doa-doa yang lain".