Sekurang-kurangnya tiga lagi banduan dibunuh dengan dipenggal kepalanya dalam satu rusuhan di sebuah penjara di timur laut Brazil.
Rusuhan tersebut telah mengakibatkan lebih 160 banduan mati akibat pergaduhan antara kumpulan penjenayah.
“Sekurang-kurangnya tiga banduan mati kerana kami dapat melihat kepala mereka yang sudah dipenggal,” kata pengarah penjara Zemilton Silva kepada media tempatan.
Rusuhan di penjara tercetus antara kumpulan-kumpulan dadah paling berpengaruh di negara ini selepas masing-masing menamatkan pakatan kerjasama sejak enam bulan lalu.