Ijtima Dunia Tongi 2017 bermula di Bangladesh

  • 7 years ago
Himpunan kedua terbesar umat Islam selepas haji, Ijtima Dunai Tongi 2017 telah bermula pada 13 Januari hingga 22 Januari nanti.

Ijtima (pertemuan) dunia yang lebih dikenal dengan nama Ijtima Bishwa merupakan Ijtima ke-53, pertama kali diadakan pada tahun 1966.

Lebih enam juta umat Islam seluruh dunia dijangka hadir pada Ijtima kali ini, di mana mereka akan bermuzakarah dan bermusyawarah untuk terus memajukan usaha dakwah dan membahas pelbagai masalah yang muncul di kalangan umat Islam seluruh dunia.