Berang tayar dikunci, pemilik kereta Mercedes pukul pengawal keselamatan

  • 7 years ago
Seorang pengawal keselamatan sebuah bangunan condominium di Green Lane, Pulau Pinang, cedera selepas diserang pemilik kereta mewah.

Dalam kejadian 14 Januari lalu, mangsa, Ramaraj Thangaraj, 43, cedera di bahagian kepala, tangan kiri, leher dan pinggang selepas diserang lelaki terbabit menggunakan alat pemotong besi.

Difahamkan, pihak pengawal keselamatan terpaksa mengambil tindakan mengunci tayar kenderaan itu atas sebab-sebab tertentu.

Berang tayar kereta dikunci, lelaki terbabit mengambil pemotong besi bagi memotong selak alat pengunci tayar tersebut. Namun mangsa telah menasihatkannya agar tidak berbuat demikian.