Lelaki tak faham mengapa dihalang kayuh basikal 'pelik'

  • 7 years ago
Seorang ekspatriat menunggang basikal yang dianggap pelik di mana ia dikelilingi bingkai logam berbentuk kereta, dihalang oleh pengawal keselamatan di luar kawasan kediaman terletak di Beijing, China.

Dalam rakaman video yang dimuat naik CCTV News menunjukkan dua pengawal keselamatan cuba menghentikan lelaki itu daripada memasuki kawasan terbabit.

Namun, oleh kerana masalah komunikasi bahasa yang sukar, mereka saling tidak dapat memahami ketika insiden halangan itu terjadi.