Detik-detik pertemuan Murtaza jumpa Messi

  • 8 years ago
Impian seorang anak kelahiran Afghanistan, Murtaza Ahmadi untuk bertemu dengan pemain bola sepak dunia, Lionel Messi tercapai apabila usaha tersebut dilakukan jawatankuasa penganjur Piala Dunia Qatar 2022.

Video yang dimuat naik Road To 2022 di Twitter memaparkan Messi mendukung dan memeluk Murtaza yang memakai jersi Barcelona untuk bergambar.

Murtaza pernah menjadi viral di Internet selepas gambarnya memakai 'jersi plastik' Messi dimuat naik abangnya di laman sosial dan segera menarik perhatian ramai, termasuk Messi.

Recommended