Noryn Aziz - Sinar Lebaran (Official Music Video - HD)

  • 7 years ago
"Sinar Lebaran' sebuah projek istimewa sempena menyambut lebaran 2009 antara penyanyi Noryn Aziz dan Suria Records.
Suria Records mengagumi suara serta bakat besar Noryn dalam industri musik, lantas menawarkan satu projek khusus buat Noryn Aziz untuk sebuah lagu raya sebagai kolobrasi yang berasas kami fikirkan buat industri musik.
Maka terciptalah lagu 'Sinar Lebaran' hasil ciptaan komposer hebat Pak Ngah. Kami menggambarkan lagu raya ini berbentuk pop jazz bersesuaian dengan konsep Noryn yang terkenal dalam membawakan lagu lagu berentak jazz. Pak Ngah berjaya menghasilkan lagu ini dengan begitu sempurna dan element jazz itu adalah perbezaan Noryn berbanding penyanyi2 lain. Noryn hanya mengambil masa satu jam sahaja merakamkan lagu ini di studio Pak Ngah terletak di Setapak.
'Sinar Lebaran' terus direalisasikan dalam bentuk klip video yang juga menggunakan pengarah Paul dari Tecca Production. Penggambaran klip video ini dirakamkan di sebuah rumah pemilik butik Kapas Couture iaitu Kem Salleh yang terletak di Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa.
Noryn mengenakan busana sendiri. Rakaman klip video berjalan lancar yang bermula dari jam 9 pagi dam selesai pada jam 7 petang.


Untuk Mendapatkan RBT "Sinar Lebaran"

Maxis = Dail *131*140158# dan tekan SEND/CALL
Digi = SMS CT 0069709 dan hantar ke 20000
Celcom = Dail *888*123890# dan tekan SEND/CALL
U-Mobile = *118*5*2*171567# dan Tekan SEND CALL