Perkhidmatan teksi tanpa pemandu diuji di Singapura

  • 8 years ago
Syarikat nuTonomy memulakan sesi ujian perkhidmatan teksi tanpa pemandu di jalan raya di Singapura semalam.

Sekumpulan penumpang dipilih untuk menaiki teksi itu secara percuma.

Ujian itu dilakukan menggunakan kereta elektrik Mitsubishi i-MiEv dengan seorang jurutera duduk di tempat pemandu untuk memantau sistem dan mengambil alih kawalan sekiranya diperlukan.

nuTonomy berharap penumpang memberi memberi maklum balas menjelang pelancaran perkhidmatan teksi itu pada 2018.