Video: Lelaki maut terjun dari tingkat 5 di Subang

  • 8 years ago
Seorang ahli perniagaan maut selepas terjun dari tingkat lima di pusat beli-belah di USJ19 semalam.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditemui meninggal dunia di kawasan letak kereta oleh pengawal keselamatan yang bertugas sekitar jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Menurtnya, pemeriksaan di tempat mangsa terjun menemui beberapa botol minuman keras dan pil dipercayai dadah.