Video eksperimen UNICEF buktikan sifat manusia dalam membantu

  • 8 years ago
Video eksperimen Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau lebih dikenali dengan United Nations Children's Emergency Fund (UNICEF) membuktikan sifat manusia dalam membantu.

Hasil eksperimen yang mengejutkan itu membuatkan pihak UNICEF terpaksa menghentikan eksperimen itu, selepas pelakon kanak-kanak terlibat menangis kerana tidak dapat menerima perlakuan orang awam kepada dirinya.

Anano melakonkan dua watak kanak-kanak iaitu pertama kana-kanak yang berpakaian cantik dan kemas, kedua kanak-kanak berpakaian selekeh.

Anna ditinggalkan seorang diri di beberapa lokasi di Tbilisi, Georgia,dengan berpakaian cantik beliau mendapat perhatian dengan orang awam dilihat mendekatinya untuk membantu kerana menyangka beliau tersesat.

Namun bila Anna dalam pakaian selekeh tidak seorang pun menghiraukannya.

Situasi kedua Anna berjalan di kedai makan dengan pakaian cantik, beliau ditegur, dipeluk malah dicium.

Tapi dengan pakaian selekeh Anna tidak dipeduli malah dianggap seperti pencuri dan dihalau daripada kedai terbabit.