Video: Cebisan Al-Quran bertaburan atas jalan raya di Johor

  • 8 years ago
Viral di laman sosial video dan gambar cebisan Al-Quran yang dikoyak bertaburan di atas jalan raya di Labis, segamat, Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan kertas siasatan mengenai kes itu sudah dibuka.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang turut meninjau lokasi kejadian, meminta umat Islam di kawasan terbabit agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

'Kejadian ini memang mengguris hati umat Islam apatah lagi ia berlaku pada Ramadan. Namun isu ini perlu ditangani dengan bijak tanpa perlu menuding jari kepada sesiapa kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak tenteram'