Real Madrid menang bersejarah, Cristiano bangga

  • 8 years ago
Cristiano Ronaldo gagal membendung perasaan bangga selepas membantu Real Madrid menjulang gelaran Liga Juara-Juara ke-11 awal pagi semalam menerusi jaringan penalti untuk menewaskan Atletico Madrid 5-3 menerusi penentuan penalti.

Dua babak masa tambahan yang berkesudahan tanpa jaringan selepas seri 1-1, menyebabkan musuh setempat ibu negara Sepanyol itu terpaksa mengharungi penentuan penalti.

Ronaldo yang mengumpul 16 jaringan, muncul penjaring terbanyak buat kali kedua selepas menjaringkan 17 gol pada 2014.